![]() |
| Paku Rock Maze Garden |
Langkah kaki ke dalam Paku Rock Maze Garden, saya percaya, tidak macam tempat biasa, tetapi macam tayangan di skrin besar berkaitan fairy land. Macam juga kita berjalan di dalam sesuatu yang hidup dan hutan batu-batuan yang bernapas.
Tempat berjalan kaki adalah campuran walkway yang selesa dan juga pejalan yang semula jadi di antara batu-batuan. Sekejap berjalan di tempat yang tersusun dan sekejap di tempat yang kita perlu mengimbangi badan dengan betul. Kalau
kita jenis yang tiada skill imbangan badan, kita ada alternative jalan yang
lain di tempat yang sama. Pilihan jalan tetap ada.
Ada juga jambatan bambu/jambatan buluh yang sempit bagi orang yang suka “adventure lasak”. Berjalan di atas jambatan bambu itu perlu skill imbangan badan yang baik…tetapi dia ada hand guard tempat kita memegang semasa berjalan di atas jambatan bambu itu. Tidak ada apa-apa yang spesial, tetapi is Rustic &
menarik – sungguh original.
Batu-batu / Limestone terpacak timbul ari bawah tanah, diliputi lumut-lumut dan akar-akar kayu berkait di sekeliling batu-batu. Ada tempat yang
kita rasa macam tempat berlatih atau kursus cabaran rintangan, dan ada tempat
yang sempit. Tetapi yang pasti, kita mesti berjaga-jaga dan kita kena pakai topi yang keras dan kasut yang sesuai (safety boots). Di situ atau di tiap penjuru,
terdapat penjaga sekiranya pertolongan diperlukan. Setiap Langkah perlu
berhati-hati oleh kerana batu-batu disitu ada yang tajam atau licin.
Itu yang membuat tempat ini menarik dan unik.
Didalam Kawasan itu, terdapat penjualan makanan ringan dan
minuman – makanan dan minuman disitu semuanya dari kategori “special” , mereka
tidak jual “Kopi O” atau “Teh O” tetapi mereka jual minuman yang special
bertaraf 5 bintang, selain dari Mineral water or drinking water.
There are other activities in and around the area, such as
handicrafts, explorasi budak-budak, tempat berehat & membaca buku, atau ambil gambar. Bukan tempat kita “berjalan masuk dan keluar terus”. Ia adalah tempat untuk kita mengalami berjalan di tempat natural.
Terdapat kolam kecil untuk labi-labi kecil, tempat rehat di bawah canopy pokok, kolam katak, dan sungai semula jadi tempat ikan-ikan.
Dia bukan manicured garden dan juga bukan tempat commercial park, tetapi di antara dua konsep itu, cukup untuk kita menikmati keindahan alam sekitar.
(Terdapat beberapa sektor yang saya tidak sempat pergi dan ambil gambar).



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Ulasan
Catat Ulasan