Saya nampak tiada report berkaitan asap yang datang dari kalimantan ini sebagai asap, tetapi mereka panggil dia jerebu atau haze. Tetapi hakikatnya ialah asap dari kebakaran hutan yang todak terkawal. Ini bukan kabus, tetapi asap. Bacaan API pada pagi ini ialah sampai 357 di bahagian Serian, 293 di Kota Samarahan, 284 di Kuching, 215 di bahagian Sri Aman, dan sebagainya. Bacaan ini semua sudahpun melepasi garis tahap bahaya. Celxxxx betul orang yang suka bakar-bakar hutan secara besar-besaran seperti ini. Zaman sekarang, tidak perlu lagi bakar-bakar hutan untuk bercucuk tanam... “Asap kebakaran hutan dari Kalimantan telah merentas sempadan dan menyebabkan keadaan jerebu di Sarawak.” tetapi hakikatnya bukan jerebu lagi tetapi asap tebal sebab kita masih boleh hidu baunya sebagai asap. Dan berdasarkan keadaan semasa, ini bukan sekadar andaian bahawa asap datang dari Kalimantan — laporan terkini memang menunjukkan kebakaran hutan dan tanah gambut di beberapa kawasan Indonesia menghasilkan...
Catatan, pemerhatian sosial dan pengalaman kehidupan seharian di Sarawak dan Malaysia.