Intro Saya telah menetap di kawasan Batu Kawa/Matang selama lebih 20 tahun dan sering mengalami bekalan air yang keruh berwarna kekuningan atau keperangan kebelakangan ini. Kadangkala warna air yang keluar dari paip menyerupai "Milo O" yang cair… tapi belum lagi tahap Kopi O. Masalah ini tidak berlaku sekali-sekala, tetapi telah berulang sejak beberapa tahun lalu. Bekalan Air Kotor - Sarawak Water Sdn Bhd Bekalan Air Kotor - Sarawak water Sdn Bhd Bekalan Air Kotor - Sarawak water Sdn Bhd Pemerhatian Pengguna Pada pemerhatian saya, sekitar 10 hingga 15 tahun dahulu keadaan ini tidak begitu kerap berlaku. Biasanya air menjadi keruh hanya selepas kerja-kerja pembaikan paip di kawasan berhampiran. Air Keruh datang pun buat seketika waktu sahaja. Walau bagai mana pun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kejadian air keruh kelihatan lebih kerap walaupun tiada kerja pembaikan yang jelas di kawasan perumahan saya. Lanjutan dari itu, banyak pakaian saya dan keluarga yang berwarna p...
Catatan, pemerhatian sosial dan pengalaman kehidupan seharian di Sarawak dan Malaysia.