Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2026

Kadang-kadang pandai juga jatuh sakit

Intro  Jatuh sakit adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia. Setahu saya, tiada manusia yang tidak pernah jatuh sakit, cuma keseriusan itu yang berbeza. Ada orang yang tenat dan ada yang ringan-ringan sahaja. Kadang-kadang kita sakit gigi, terutama dulu-dulu masa tidak tahu dan tidak peduli untuk menjaga kesihatan gigi. Sakit sendi-sendi, selsema, demam dan batuk-batuk itu biasa, macam ada musim dia. Ubat Batuk - Jenis Pil (Ini bukanlah ubat batuk secara langsung tetapi pil untuk mengawal sensitiviti dikawasan kerongkong kita) Selsema Musim Hujan Dalam bulan ini, saya sudah dua kali selsema. Biasanya bertahun-tahun tidak selsema biarpun menjalankan kehidupan harian tidak mementingkan jagaan kesihatan...main hantam sahaja..kadang-kadang tidak cukup tidur pun OK. Terkena selsema musim hujan dalam bulan ini. Malam malam keluar dan basah kena hujan dan lambat sampai ke rumah untuk mandi. Masuk ke dalam kereta dengan baju seluar basah, buka air con kereta lagi tu...hujung-hujung lep...