Langkau ke kandungan utama

Kadang-kadang pandai juga jatuh sakit

Intro 

Jatuh sakit adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia. Setahu saya, tiada manusia yang tidak pernah jatuh sakit, cuma keseriusan itu yang berbeza. Ada orang yang tenat dan ada yang ringan-ringan sahaja. Kadang-kadang kita sakit gigi, terutama dulu-dulu masa tidak tahu dan tidak peduli untuk menjaga kesihatan gigi. Sakit sendi-sendi, selsema, demam dan batuk-batuk itu biasa, macam ada musim dia.

Ubat Batuk - Jenis Pil
(Ini bukanlah ubat batuk secara langsung tetapi pil untuk mengawal sensitiviti dikawasan kerongkong kita)


Selsema Musim Hujan

Dalam bulan ini, saya sudah dua kali selsema. Biasanya bertahun-tahun tidak selsema biarpun menjalankan kehidupan harian tidak mementingkan jagaan kesihatan...main hantam sahaja..kadang-kadang tidak cukup tidur pun OK.

Terkena selsema musim hujan dalam bulan ini. Malam malam keluar dan basah kena hujan dan lambat sampai ke rumah untuk mandi. Masuk ke dalam kereta dengan baju seluar basah, buka air con kereta lagi tu...hujung-hujung lepas 2 - 3 hari baru rasa kerongkon pedas dan tidak selesa..rupa-rupanya tanda-tanda selsema. 

Batuk-batuk

Biasanya kalau saya batuk, saya akan gargle dengan air garam besar tiap kali saya terbatuk. saya bekalkan air garam kasar dalam botol untuk gargle.Biasanya orang akan beli gula-gula seperti gula-gula hack untuk melegakan sakit kerongkong, tapi saya guna air garam kasar. Biasanya agak mujarab, di mana saya batuk tidak berlarutan, di mana setelah beberapa hari batuk akan berkurangan dan hilang. 

Kalau dulu-dulu kalau batuk..mungkin berbulan-bulan jadinya sebab tidak tahu untuk mengaja keadaan. Yang kita tahu, akan pergi ke Klinik dan minta anti-biotic..tetapi doktor tidak mudah bagi anti-biotic - mengikut keadaan. 

Ubat dan Selsema & Batuk

Biasanya saya tidak akan ambil sebarang ubat kalau terkena selsema kecuali kalau badan sudah tidak tahan menahannya, contohnya sampai mengigil kesejukan. Kalau sampai tahap ini, terutama kalau menyentuh air, terus badan mengigil..ini macam baru saya pergi ke klinik.

Saya cuba tidak makan apa-apa jenis ubat kecuali kalau melibatkan virus. Kalau pun bukan jenis anti-biotic, mungkin saya akan ambil 2 - 3 kali atau biji dan ..itu sahaja. Saya sedar, ambilan ubat mungkin boleh meringankan sakit yang kita alami tetapi saya pun risau side effect dia, seperti risiko kepada hati, kidney atau hempedu kita. Saya rela berjalan-bersenam ringan semasa selsema atau demam dan kadang-kadang jogging ringan untuk mempercepatkan persembuhan bila batuk.

Batuk dan Beer

Saya dapati sekiranya saya batuk, minum beer dengan jumlah sederhana boleh melegakan batuk. Mungkin selama kita duduk minum beer, tekak dan kerongkong kita basah dan frekuensi batuk kita berkurang. Kadang-kadang di tengah-tengah kita batuk, duduk minum beer dalam masa yang panjang, boleh hilangkan batuk saya keesokkan harinya. Cerita ini bukanlah saya menggalakkan orang minum bir ketika sedang alami batuk, tetapi inilah cara saya sendiri.

Oleh kerana semalam saya ada duduk minum beer berjam-jam bersama teman-teman, hari ini batuk saya rasa lega dan jarang-jarang batuk berbanding dengan hari sebelumnya.

Kesimpulan

Ya, memang manusia tidak dapat lari dari keadaan kesihatan sakit tetapi proses untuk meringankannya sangat penting. Kalau kita terbawa-bawa yang kita sakit, ia akan memudaratkannya lagi. Lebih baik masa kita sakit, selagi kita mampu berjalan atau berlari, bawa saja beriyadah atau seniman ringan-ringan untuk melegakkannya dan menyembuhkannya. Kalau masih boleh menahan, jangan amalkan makan ubat sebab ubat itu boleh menjanakan masaalah lain pulah dikemudian hari.


Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...