Langkau ke kandungan utama

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro

Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak.

Gadis-gadis di babang

Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak.

Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan.

Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957.

Kali pertama Gawai Dayak diadakan dan diraikan pada 1hb Jun 1965, iaitu 60 tahun dulu. Walau bagaimanapun, ia telah diraikan oleh masyarakat rumah panjang atau kampung-kampung jauh lebih awal daripada itu.

Bandingan Gawai Dayak dengan 10 tahun yang lepas.

Gawai Dayak 10 tahun dulu atau sebelum itu sama meriahnya berbanding dengan hari ini, cuma ramai orang luar tidak begitu merasainya sebab media sosial belum lagi sangat memainkan peranan. Tetapi hari ini, media sosial sangat membantu dalam mengembangkan visual-visual gawai Dayak di pelusuk tanah Borneo yang merata (Sarawak/Sabah/Kalimantan). 

Kebelakangan ini, gawai dayak diraikan di kampung-kampung, pekan dan bandar raya besar, bahkan sampah ke Kuala-Lumpur (perarakan). Ini menunjukkan bahawa masyarakat Dayak sangat bersatu padu dalam hal sambutan Gawai Dayak.

Gawai Dayak dengan Wakil Rakyat dan menteri-menteri

Gawai Dayak juga telah membuat wakil-wakil rakyat bergerak seiring dengan penduduk yang mereka wakili. Nampaknya Gawai Dayak telah membuat wakil-wakil rakyat bekerja keras untuk menyantuni masyarakat yang diwakili mereka. Kadang-kadang wakil rakyat perlu berada di lebih daripada satu tempat atau kawasan pada satu hari atau malam untuk menyantuni masyarakat. Dari sini kita boleh nampak wakil-wakil rakyat atau menteri yang kerja keras seiring dengan yang rakyat mahu. Pada waktu-waktu berginilah masyarakat boleh mengutarakan masalah yang dihadapi mereka atau dapat peluang bersalam-salaman dengan wakil mereka.

Gawai Dayak Tradisi dan Moden

Secara ringkasnya, gawai Dayak tradisi lebih kepada berurusan dengan semangat atau "roh-roh" halus di mana upacara diadakan untuk menyingkirkan roh-roh jahat yang mengganggu tanaman atau padi, dan berdoa untuk tuaian padi dan tanaman yang lebih baik untuk tahun-tahun mendatang. It's a Thanksgiving occasion for the spirit of paddy or their plants.

Gawai Moden pula, seperti yang kita lihat hari ini, lebih kepada upacara mengingati budaya nenek moyang kita dulu-dulu, di mana sesiapa yang menyambut Hari Gawai akan mengadakan rumah terbuka untuk menyambut tetamu. Selain daripada itu, kebanyakan sambutan Hari Gawai ini pula diadakan di dewan-dewan kampung atau Cultural Centre untuk mengadakan jamuan secara lebih besar dan juga (biasanya) ada tetamu kehormat seperti wakil rakyat tempatan atau menteri-menteri.

Persembahan tarian tradisional, music modern atau ktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan pakaian tradisional atau Ratu Cantik dan sebagainya untuk memeriahkan suasana majlis.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa inilah peluang untuk wakil rakyat atau menteri berkempen untuk pilihan raya yang akan datang. Dengan tujuan berikut, biasanya wakil-wakil rakyat atau menteri akan mengumumkan sumbangan berupa wang untuk dana kampung, projek atau lain-lain.

Kesimpulan

Cara-cara dan erti gawai Dayak sudah berubah mengikut peredaran zaman, sama juga seperti perayaan lain seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya. Erti Gawai di masa kini tidak lagi berkaitan dengan "roh-roh" nenek moyang atau "roh-roh" dari hutan rimba seperti yang ada berpuluh-puluh tahun yang lalu. Lagi pun, kebanyakan beras yang kita makan hari ini adalah beras import. Sama juga dengan lauk pauk yang kita makan bukan lagi tanam atau dipelihara sendiri tetpi dibeli di pasar-pasar.

Kadang-kadang ada sambutan perayaan Hari Gawai macam konsert bintang dunia.




Ulasan

Feature Post

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Lebih Dari Hiasan: Cerita Di Sebalik Manik Bidayuh

  Kerja tangan Bidayuh - Manik Pada tanggal 2hb Mei 2026, Hari Pekerja, saya naik ke Bung Bratak sebab pada hari itu juga 1hb Mei digazetkan sebagai Hari Bung Bratak.  Salah satu item yang menjadi tarikan di atas gunung itu adalah manik-bead works, kraft tangan Bidayuh. Ya, di seluruh pelusuk dunia, kaum pri-bumi mempunyai berbagai krafttangan yang berasaskan manik. Tiap-tiap manik yang dikeluarkan hasil kerja tangan pribumi semestinya mencerminkan identiti-identiti kaum tersendiri.  Sama juga dengan kerja tangan kaum Bidayuh. Yang diperbuat dari kilang di negara China - sekali pandang pun kita agak-agak yang erja manik itu dikeluarkan oleh kilang. Kerja tangan atau kraftangan berasaskan manik bukan sahaja produk sebagai cenderamata atau souvenirs, tetapi ia adalah LIVING HERITAGE + PUNCA PENDAPATAN bagi setengah golongan dalam komuniti Bidayuh, selain daripada salah satu budaya & identiti. Semasa berjalan-jalan ke ruang bangunan, ternampak satu meja penuh dengan kerj...