Intro
Saya telah menetap di kawasan Batu Kawa/Matang selama lebih 20 tahun dan sering mengalami bekalan air yang keruh berwarna kekuningan atau keperangan kebelakangan ini.
Kadangkala warna air yang keluar dari paip menyerupai "Milo O" yang cair… tapi belum lagi tahap Kopi O. Masalah ini tidak berlaku sekali-sekala, tetapi telah berulang sejak beberapa tahun lalu.
![]() |
| Bekalan Air Kotor - Sarawak Water Sdn Bhd |
![]() |
| Bekalan Air Kotor - Sarawak water Sdn Bhd |
![]() |
| Bekalan Air Kotor - Sarawak water Sdn Bhd |
Pemerhatian Pengguna
Pada pemerhatian saya, sekitar 10 hingga 15 tahun dahulu keadaan ini tidak begitu kerap berlaku. Biasanya air menjadi keruh hanya selepas kerja-kerja pembaikan paip di kawasan berhampiran. Air Keruh datang pun buat seketika waktu sahaja.
Walau bagai mana pun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kejadian air keruh kelihatan lebih kerap walaupun tiada kerja pembaikan yang jelas di kawasan perumahan saya.
Lanjutan dari itu, banyak pakaian saya dan keluarga yang berwarna putih atau cerah telah bertukar menjadi kekuningan. Ada yang terpaksa dibuang sebagai pengalas kaki biarpun masih baru. Sebelum kita cuci kain, kita test dulu tengok sama ada air keruh atau jernih. Nampak gayanya, air jernih dan lalu masuk pakaian kedalam mesin basuh tetapi keputusannya...kuning juga pakaian yang cerah.
Air Paip Secara Terus
Rumah saya menerima bekalan air secara terus daripada paip utama dan tidak menggunakan tangki simpanan di bumbung sebagai sumber utama bekalan. Tangki jenis HDPE memang ada di dalam ceiling, tetapi air tidak disalurkan ke dalamnya. Maksudnya, air berwarna Milo O kosong itu terus dari sumber bekalan, bukan masalah tangki di dalam ceiling yang tidak diselenggara; dari sumber yang menggunakan poli selepas meter, paip terus ke dapur, ke bilik mandi dan ke tempat letak kereta. Nasib baik pemaju tidak sambung paik menerusi Tangki di dalam ceiling. Kalau melalui tangki itu, mungkin ada lagi masalah lain. Yang saya paling risau, tangki bocor dan akan meruntuhkan ceiling rumah.
Masaalah sama dirumah jiran-jiran
Jiran-jiran di kawasan sekitar turut mengalami masalah yang sama. Ada yang siap ada penapis di luar rumah, tetapi dia cakap penapis itu tidak boleh harap. Kadang-kadang saya tengok dia bersihkan filter atau penapis air dan tengok air yang keluar memang macam air Milo O kosong pekat.
Selain di kawasan ini, terlihat melalui media sosial dan kumpulan WhatsApp komuniti, saya mendapati aduan mengenai air keruh turut dilaporkan di pelbagai kawasan lain di Kuching.
Saya juga sering menerima notis gangguan bekalan air, pembaikan kebocoran paip, pengalihan paip dan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur di serata kawasan kuching.
Pandangan saya
Pada pandangan saya, pihak berkuasa bekalan air sememangnya sedar akan masalah ini dan sedang berusaha menanganinya. Tapi saya percaya masalah berkaitan sistem air ini memang ada kompleks lebih. Mungkin senang lagi mengurus masalah bekalan elektrik.
Namun demikian, saya percaya cabaran yang dihadapi mungkin lebih besar daripada yang dilihat oleh orang awam. Ini kerana sistem paip air ini sudah berpuluh-puluh tahun dan peningkatan penduduk dan peningkatan taman perumahan baru telah mengubah tekanan dan aliran air. Perubahan ini telah menyumbangkan kepada isu-isu berkaitan bekalan air yang sedia ada.
Infrastruktur yang semakin berusia juga memerlukan kos penyelenggaraan dan penggantian yang tinggi. Yang menambah kerumitan ini juga dipengaruhi oleh pembangunan lain seperti jaringan jalan raya dan projek-projek perumahan baru.
Penyelanggaran, Perolehan dan tender
Tentu sekali pihak bekalan air meniliti dan mempunyan pelan-pelan tertentu unuk menyelenggara sistem bekalan air. Proses perolehan, tender, perancangan teknikal dan pelaksanaan projek infrastruktur biasanya mengambil masa yang panjang dan biasanya rumit sebab akan melibatkan banyak pihak seperti majlis Perbandaran, SEB, JKR dan lain-lain. Ini juga menyumbangkan kepada kelewatan proses penyelenggaraan sistem bekalan air...ini kita faham.
Kesan Kualiti Air yang rendah
Kesan yang paling ketara kepada pengguna ialah pakaian berwarna cerah menjadi kekuningan, penapis air cepat kotor dan keyakinan terhadap kualiti bekalan air terjejas. Pakaian yang hitam pula boleh nampak ada cerah-cerah kekuningan. Kadang-kadang kena rendam dua atau tiga hari mengguna serbuk pencuci khas untuk memulihkan kesan-kesan kotoran yang melekat di pakaian. Ada juga pakaian yang tidak dapat di bersihkan dan terus menjadi pengalas kaki atau kain cuci kenderaan.
Rumusan
Catatan ini bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan pemerhatian sebagai pengguna yang telah menyaksikan perubahan keadaan bekalan air selama bertahun-tahun. Kadang-kadang ada juga rasa sakit hati sebab pakaian yang baru dibeli terus rosak kerana kualit air yang berwarna Milo O.
Harapan saya ialah usaha menaik taraf infrastruktur yang sedang dijalankan dapat membawa penambahbaikan secara berperingkat pada masa hadapan.



Ulasan
Catat Ulasan