Langkau ke kandungan utama

Merentasi ke sempadan Kalimantan Indonesia - Gawia Sowa

 Intro

Semalam kami merentasi sempadan Malaysia / Indonesia melalui pos kawalan imigressen Jagoi di kawasan Serikin. Kami telah menguruskan perjalanan ini selama seminggu sebelum merentasi sempadan. Pengurusan awal mesti dibuat sebab statistik menunjukkan jumlah orang yang akan merentasi ke daerah Kalimantan seramai lebih dua ribu orang. Jadi kebanyakan dokumen kami yang mengikuti rombongan dari Bau diurus oleh wakil kami di pos kawalan Malaysia (Serikin) dan juga di Indonesia, di imigresen Jagoi sebelah Indonesia.

Pasport Menyebrang Sempadan

Pasport Menyeberang Sempadan


Merentasi sempadan dari Serikin tidak menggunakan pasport antarabangsa tetapi hanya menggunakan Pasport Menyeberang Sempadan Malaysia-Indonesia. Sebuah "buku" yang menyerupai Pasport antarabangsa tetapi ipis sahaja, mempunyai mukasurat 16 helai sahaja, dan valid untuk satu tahun. Kos untuk membuat pasport ini hanya RM20 sahaja, tetapi bukan semua penduduk Malaysia layak untuk pasport sementara ini. Siapa yang layak? hanya penduduk yang berasal dari kawasan sempadan sahaja.

Kalau seseorang yang berasal dari kampung di kawasan Bau tetapi beralamat di tempat lain selain di daerah Bau, surat beranak diperlukan. ..tetapi sekiranya alamat di kad pengenalan dan surat beranak diluar kawasan Bau, kad pengenalan boleh juga digunakan tetapi pada musim-musim tertentu seperti lawatan hari gawai atau hari krismas...ini tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa Indonesia di pusat kawalan Jagoi. 


Notis Permohonan Pasport Menyeberang Sempadan

Notis- Urusan Keluar Masuk Menggunakan Pasport Antarabangsa



Permulaan Perjalanan

Kami berkumpul seawal jam 8.00 pagi di pusat komersial Petag di hujung kampung Serikin sambil menunggu kedatangan rakan-rakan lain. Lawatan ini didahului oleh Timbalan Menteri Laut & Sungai Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep. Setibanya beliau dan rakan-rakan lain, kami terus bergerak masuk ke daerah Jagoi Babang.



Pergerakan dari Petag Komersial ke pos kawalan Indonesia tidak sampai 10 minit. Perjalan diatas jalan raya "under construction" , berlobang dan berdebu. Kalau di atas jalan bertar, mungkin tidak sampai 2 minit sahaja.

Sampai sahaja di pos kawalan Indonesia, pertemuan dengan pihak Indonesia pun diadakan serta bergambar dan beramah mesra.


Dalam permulaan perjalanan, sempat juga nampak sesuatu yang berlainan berbanding dengan di atas jalan raya di Malaysia… kenderaan membawa hasil kebun dari kawasan Jagoi Babang untuk dipasarkan di Serikan.



Sengaja jalan-jalan keluar dari laluan yang ditujui

Saya dengan seorang kawan telah sengaja memandu ke laluan lebih jauh untuk mengambil peluang tengok tempat orang. Sepanjang perjalanan itu, ternampak sebuah truk kecil yang membawa message yang agak baru yang kami nampak dipamerkan di belakang truk itu. Truk ini membawa mesej yang agak romantik…Siang Penuh Debu, Malam Penuh Rindu. Dicetak khas untuk dipamerkan di belakang truk dia. Mungkin itu Tag Line perniagaan dia...memang bagus juga tag line macam ini...sebab senang melekat dihati dan di mata orang yamng membaca.

SIANG PENUH DEBU, MALAM PENUH RINDU

Sampai ke destinasi yang dituju.

Sekitar jam 9 pagi, saya dengan kawan pun sampai di tempat yang dituju. Kawan-kawan dan rombongan yang lain sudah sampai awal sebab kami melencong ke tempat lain dulu tengok kawasan. 
Tempat yang di tuju ialah Rumah Adat atau Gedung Adat Desa Jagoi. Suasana nampak meriah dan kami telah diarah untuk meletak kenderaan di padang berdekatan. 

Kampung Jagoi Babang


Sebahagian dari orang ramai sebelum upacara dimulakan

Sebahagian dari gadis-gadis penyambut tetamu 


Sebhagian dari sudut pandang - Pembesar-pembesar kawasan


Poster  Tujuan kami ke Jagoi Babang

Tujuan ke Jagoi Babang

Tujuan kami ke jagoi babang ialah untuk menyambut hari Gawea Sowa / Hari Gawai dan Pesta Kebudayaan Masyarakat Bidayuh di Jagoi Babang yang di sambut oleh masyarakat Bidayuh di situ.

Sambutan yang dihidang sangat meriah dan agak berskala sederhana. Cuma cuaca yang sangat panas. Panas di kawasan itu sangat menyengat - suhu sekitar 34 degree celcious.

Daripada berbagai persembahan, saya hanya sempat ambil gambar kumpulan MMBB. Mereka telah memberi persembahan yang sangat menarik. 

Kumpulan Mangkok Merah Borneo Bersatu (MMBB)



Pengalaman di Seberang

Saya lupa yang kita melawat kaum serumpun. Di pos batas Indonesia, saya bertanya kepada staf di sana dalam bahasa Melayu. Dia orang cakap Bidayuh Jagoi dengan saya… huh… bunyi sama, slang sama… maksudnya serumpun. Sampai di Jagoi Babang, order makanan dan minuman dalam lingo yang sama..Bidayuh Jagoi.
Order mineral water bottle - tengok label dia...Lembaga Air Kuching.
Itu tin Camel tentu dari Bau.

by the way - the best thing is that you can pay for your purchase both in Ringgit and Rupiah. However, they have not implemented QR Code, maybe sooner or later they will go online.


Terlihat pada hari itu, pasti pendapatan dan jualan kedai-kedai di kampung tu melonjak.Satu botol air minuman 500 ml RM2.50 dan satu tin Camel RM6.00.

Kedai sentiasa punuh dari pagi hingga lewat tengah hari.

Berkaitan persembahan, music tradisional yang dihidangkan telah diubah suai mengikut citarasa masa kini tetapi asas masa sama.

Kemesraan di antara rumpun Bidayuh dari dua negara berbeza nampaknya sangat akrab dan mesra...

Ada rasa juga berkunjung ke situ macam balik kampung sendiri. Kemungkinan besar, akan berkunjung ke situ lagi sebab sudah ada pas lawatan sementara yang masih valid dan juga sudah kenal-kenal orang di situ.

all in all..I feel it is a kind of reunion for the long-lost family members.

Sila tonton video clip untuk mengetahui kisah selanjutnya



Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...