Langkau ke kandungan utama

Sehari Bersama HONOR 600 Pro: Pengalaman Pengguna Biasa

 1. Sehari Bersama HONOR 600 Pro: Pengalaman Pengguna Biasa

Post ini bukan berkaitan dengan review teknikal tetapi hanya pengalaman peribadi.

Pengalaman sebenar berkaitan:-

  • berpindah dari vivo V25 Pro ke honor 600 pro
  • memindahkan WhatsApp
  • berhadapan dengan HEVC - video player
  • Kena belajar sistem MagicOS
  • menemui fungsi yang tidak dijangka seperti jam lokasi berganda




2. Teknologi Bukan Masalah, Manusia Yang Belum Memahaminya

Teknologi memang bukan masalahnya. Kalau teknologi bermasalah, produk pun tidak akan keluar dari kilang dan membanjiri pasaran.

Apa yang saya lalui adalah berkaitan applikasi berikut:-

  • Mula-mula WhatsApp tidak dapat mengakses gambar. Saya fikir software telefon tidak sempurna. Setting-setting beberapa ketika, baru nampak dan jumpa cara macam mana configure dia. Bukan kerana telefon rosak tetapi banyak juga kena dibelajar guna sistem baru.

  • Aplikasi video HEVC tidak dapat dimainkan. Tiap kali saya transfer video file ke desktop, gagal untuk dimainkan. Ikon ada tetap main video gagal. Padu hal kena download software lagi dari Microsoft, kena bayar RM4.00 untuk software. Pada mulanya saya fikir video rosak selepas dipindahkan kepada desktop tetai bukan kerana video rosak. Ia disebabkan oleh sistem video Honor 600 yang lebih baru dan komputer saya masih menggunakan sistem versi lama. Jadi kena download program HEVC Video Extension.

  • Ikon Jam dan Cuaca berganda - Satu lagi issue yang saya mula-mula gagal untuk fikirkan. Tiba-tiba saya tengok ikon jam dan cuaca yang dipaparkan di home screen. Saya nampak lokasi A dan lokasi B. Ia mengambil masa untuk saya memikirkan dan mengonfigurasi. Saya fikir saya salah letak tetapi memang sistem honor 600 pro papar lokasi extra. Home location dan tempat baru yang agak jauh atau jauh kita pergi dipaparkan. Saya nampak tiap kali saya keluar dari lokasi A (Kuching), saya nampak ada 2 jam dan cuaca dipaparkan. Hari itu saya ke Kalimantan. Saya nampak lokasi Lhi Buie dipaparkan juga di sebelah lokasi Kuching. Saya kena ulang-alik skrin cari cara untuk menghilangkan satu lokasi. Saya fikir phone ada masalah, padahal dia secara automatik akan menunjukkan lokasi barisan bersebelahan dengan lokasi home ground. Bukan kerana GPS rosak tetapi mengambil masa mempelajari mesin baru.

Saya sendiri belum memahami MagicOS (sistem)  baru di phone ini.

Itu satu pemerhatian yang menarik bagi saya dan lebih mendalam yang saya dapati daripada sekadar:

Snapdragon 8 Elite, 7000mAh, 200MP Camera

RAM 256GB 12GB


3. Kenapa Saya Membeli Telefon RM3000 Sedangkan Ada Telefon RM500

Bukan untuk menunjukkan harganya, tetapi device yang sangat dan wajib diperlukan .

Ia menjelaskan bahawa:

  • Harga bukan sekadar spesifikasi yang ada, tetapi memang berbaloi mengikut pengalaman menggunakan handphone selama berdekad-dekad. Dari Nokia, Panasonic, Samsung, Apple, Oppo, Vivo dan kini Honor.
  • pengalaman penggunaan ada nilainya
  • telefon digunakan setiap hari selama bertahun-tahun untuk tujuan kerja harian.

Masa kini, tiada handpone maksudnya - macam hidup menggangur. Tidak ada orang yang akan berurusan dengan Anda.

Telefon RM500 tidak akan menepati apa yang saya mahu guna buat masa kini. Mungkin di masa hadapan ketika saya tidak lagi aktif menggunakan teknologi internet, mungkin saya akan beralih pula ke telefon yang paling basic, yang hanya untuk perhubungan suara (suara) dan sistem komunikasi basic seperti whatsapp.


4. AI Yang Saya Jarang Guna, Tetapi Tetap Memberi Manfaat

Ramai orang melihat AI sebagai fungsi yang mesti digunakan, tetapi saya tidak menggunakan AI di handphone, atau menggunakannya dengan kadar yang paling minimum.

AI di dalam telefon juga memainkan peranan untuk menentukan harga produk tersebut dan juga sebagai alat tarikan para pengguna.

Saya mungkin tidak menggunakan AI Image-to-Video, mungkin lain kali secara kadang-kadang sebab video atau gambar sudah pun membanjiri ruang internet. Sampai naik muak tengok laman-laman media sosial kerana terlalu banyak imej dan video.

Tetapi oleh kerana pengeluar mahu menyokong AI dalam telefon mereka, mereka memasang pemproses yang lebih berkuasa. Maksudnya, oleh kerana saya tidak gunakan AI didalam telefon, saya perlukan kuasa processor dan tahanan kuasa batterynya yang ada untuk tugasan lain.

Akhirnya saya menikmati kesan sampingan berupa telefon yang lebih lancar dan responsif. 

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...