Langkau ke kandungan utama

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone.

Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan.


Bangkai Public Phone

Bangkai Public Phone


Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara.

Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menunggu di public phone mula surut sedikit demi sedikit dan terus tidak nampak lagi sampai sekarang.

Dalam pada masa itu, sekitar tahun 2000, internet café atau cyber café mula bertapak. Nampaknya cybercafe bertapak di seluruh negara buat seketika. Teknologi cybercafe terus berkembang Ketika itu..mungkin itu juga sebab utama dimana kita ada tempat yangdinamakan sebagai Cyberjaya.

Ketika Mobile service mula bertapak, Kawasan di Sarawak masih mempunyai Payphone yang terbanyak di negara sebab pada Ketika itu signal footprint mobile service masih tidak banyak, tertumpu kepada bandar-bandar besar Sahaja dan tiada lansung di pekan-pekan kecil. Di kampung kampung – tak payah cerita lah..memang tiada.

Ok. Hari ini, semua payphone di negara yang masih tegak berdiri telah tidak berfungsi semenjak sekian lama. Ada yang sudah berkecai teruk, berkarat, condong, pecah dan macam-maca rupa gaya. Tapi malangnya, tuannya pun semua sudah golong tikar dan tikar pun sudah Dibakar.

Siapalah yang akan membuka dan mengemaskan bangkai-bangkai payphone yang kita nampak diseluruh negara. Mungkin kita kena tunggu para pemaju untuk membangunkan kawasa-kawasan dimana berdirinya tapak payphone atau kena tunggu recycle company datang untuk mengangkat ke depo-depo mereka. Bagi pendapat saya, ini lah peluang pencuri -pencuri besi. Mereka sepatutnya datanglah curi payphone yang masih berdiri tegak ditengah bandar, tepai bandar, tepi bangunan itu semua..saya rasa pihak berkuasa pun tak akan menangkap orang yang membuka dan membawa pergi bangkai-bangkai payphone yang mencacatkan pemandangan kita.

Tetapi, seiklasnya, semua payphone atau public phone yang kita nampak masih berdiri ditepi bangunan atau di Kawasan lapang, bukan mudah untuk membuka dan mengangkat pindah. Mungkin excavator pun patah gigi untuk mengali tapak-tapak public phone itu semua.

Kalau kita harapkan majlis-majlis daerah untuk menyediakan bajet untuk membuka, mengemas dan membuang bangkai-bangkai payphone itu semua, saya fikir mereka tiada peruntukan untuk kerja-kerja bergini.

Walaubagaimanapun, harap pihak Kerajaan dapat sediakan bajet untuk membuka, mengalih dan melupuskan semua bangkai-bangkai public phone itu semua – kalua ada bajet, boleh hubungi tuan punya laman web itu – kalua bajet cukup – pasti semua public phone itu semua akan lenyap dalam masa singkat, Kawasan pun bersih dan bebas dari bahaya.

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...