Almost all year round, The Bung Bratak is almost empty, with only the sound of insects, unless during the durian season.
Adalah manusia di atas sana, tetapi mungkin pengajar atau pekerja yang mengajar kawasan.
 |
| Bung Bratak |
Ceritanya bermula sekitar 700–750 AD. Kebanyakan rekod dibawa ke hadapan secara percakapan turun-temurun; tiada pensel atau alat tulis atau seseorang yang pandai menulis. Malah pada masa itu, mereka tidak mencipta huruf sebagai alat untuk mencipta rekod-rekod kehidupan.
Dikatakan pada tahun 1200 - 1300 AD, sekumpulan Bidayuh telah berpindah dari Gunung Sungkong , kalimantan barat ke kawasan itu - Bung Bratak, Pada ketika itu, tiada istalah Sarawak atau Bung Bratak. Kita pun tidak tahun nama-nama tempat itu semua tetapi nama-nama yang tercatit didalam sejarah adalah nama-nama jelmaan baru
Dikatakan mereka berpindah oleh untuk melepaskan melapetaka wabak penyakit, konflik dalaman diantara kumpulan-kumpulan tertentu didalam kalangan kaum dan juga mencari tempat yang subur untuk bercucuk tanam. Pada masa itu, pindah randah sangat senang sebab manusia masih tidak banyak dan hutan belantara masih luas.
Mereka telah berpendapat bahawa tempat itu - Kawasan Bung Bratak sesuai untuk melindungi mereka dari serangan musuh, punca air bersih - air gunung, dan juga kawasan dikaki gunung yang sesuai untuk bercucuk tanam.
Tetapi alasan yang sangat kuat untuk kaum Bidayuh membuat tempat tinggal di atas gunung adalah alasan defensif. Pada ketika itu, permusuhan dengan kumpulan-kumpulan sangat tebal.
Tamadun diatas Gunung. Pada ketika itu, perkampungan di atas Gungung - Bung Bratak dikatakan besar juga - mereka hidup dalam aman dan mempunyai sistem kehidupan yang teratur. Dari situlah mulanya berpuluh-puluh perkampungan Bidayuh yang kita lihat sekarang di Daerah Bau dan Daerah Lundu.
Rumah Panjang - Communal Living
Mereka mempunyai beberapa rumah panjang—dikatakan paling kurang ada tujuh rumah panjang—dan baruk (meeting/conference house). Baruk adalah satu rumah berbentuk bulat untuk ritual dan juga sistem pemerintahan.
Animist / Pagan - Bidayuh pada asalnya animist atau pagan sehingga agama Kristian datang pada ketika James Brooke.
Secara ringkasnya, Penduduk Bung Bratak pada ketika itu mempunyai sistem kehidupan yang teratur, defensif - gunung sebagai defence, sistem pertanian yang sesuai ketika itu dan juga kehidupan kerohanian yang kuat.
Secara amnya, Bidayuh tidak hidup atau berkampung di atas gunung secara tiba-tiba atau rawak. Mereka hidup di atas gunung atas sebab keselamatan, pertahanan dan sebagai tanda simbol.
Malaetaka - Serangan 1837 - 1838
Mereka telah diserang oleh Iban Skrang pada ketika itu. Dikatakan beratus atau beribu (tiada rekod yang sah) orang terbunuh. Kaum wanita dan kanak-kanak telah diculik dan diambil sebagai hamba. Penempatan di Bung Bratak telah dimusnah dan dibakar. Mereka telah diserang hendap. Yang tinggal mungkin hanya mereka yang pada ketika itu keluar jauh dari kawasan Bung Bratak. Dikatakan mungkin hanya sekitar 50 orang sahaja yang masih hidup dan tinggal. Ini bukan sahaja serangan hendap yang tetap menghapuskan tamadun Bidayuh. Kalau serangan ini tidak berlaku, mungkin penduduk Bidayuh Sarawak di dunia ini paling kurang 50 atau 100 kali lebih banyak daripada yang kita ada sekarang.
Dikatakan, yang tinggal hanya yang keluar bercucuk tanam atau ke tempat lain. Mereka termasuk sosok yang di namakan Panglima Kulow. Dia selamat sebab dia pada ketika itu tidak berada di rumah panjang diatas gunung. Dia berada di sawah padi atau di kebun. Dikatakan juga, dia telah meminta pertolongan daripada James Brooke untuk mendapatkan balik orang-orang yang ditawan oleh Iban Skrang. Panglima Kulow juga berjaya memimpin Bidayuh Bung Bratak yang masih ada untuk membina semula masyarakat Bidayuh di situ.
Kalau kita pergi ke kawasan Skrang sekarang, mungkin ada di antara mereka cucu-cicit orang yang mereka culik dari Bung Bratak pada ketika itu.
Sampai ke hari ini kita belum tahu lagi apakah sebab Iban Skrang datang dan menyerang Kaum Bidayh di Kawasan Bung Bratak. Apakah salah mereka dengan Iban Skrang?
Pembinaan semula masyarakat
.jpg) |
| Bung Bratak |
Bung Bratak telah dibina semua pada 1841 - 1842 tetapi tidak seperti sebelumnya sebab penduduk sudah berkurangan, masih dalam ketakutan.
Di sekitar 1890, perkampungan Bidayuh telah mula turun ke kawasan rendah dari atas gunung untuk bercukuk tanam dan membuat perkampungan-perkampungan di kawasan bukan lagi di atas gunung.
Pada ketika itu, colonial - James Brook - mempunyai kuasa atas suku-suku kaum yang agak dimana kuasa James Brooke- The white rajah - telah mengurangkan pergaduhan atau peperangan diantara suku-suku kaum di Sarawak. Mungkin inilah salah satu sebab kaum sudah berkurangan membuat penempatan diatas gunung.
Legacy - kenapa Bung Bratak masih penting bagi masyarakat Bidayuh Bau-Lundu sampai ke hari ini.
Biarpun Bidayh telah berhijrah keluar dari Bung Bratak, tetapi kepentingannya masih tebal dan kuat dari segi budaya, survival, identiti - "Tempat Asal". Tempat asal tidak akan dilupakan.
Dengan itu , tiap tahun pada 1hb Mei, di kalendar kerajaan dan masyarakat, kita ada Bung Bratak Day. Pada hari ini, 1hb Mei, kita akan nampak Bung Bratak penuh dengan bukan masyarakat Bidayuh sahaja, malah bermacam-macam kaum, termasuk tourist dari luar negara, akan datang menyambut 1hb Mei di Bung Bratak.
Bung Bratak adalah Tulang Belakan Sejarah Bidayh bagi kawasan Bau-Lundu.
Ulasan
Catat Ulasan