Langkau ke kandungan utama

Mahalnya Papaya Juice Tanpa Ice

Terkejut bila papaya juice sampai ke meja. Pada masa dia jual semasa tengah makan, dia kata harga hanya RM7.00 , seperti dalam brochure. Dan saya terus order satu papaya juice, tanpa Ice. Lepas beberapa minit kemudian waiter datang bawa papaya juice dan minta payment RM10.00. Saya pun tanya, kenapa RM10 - kan tadi cakap RM7.00? 

Itu waiter yang hantar tidak sama dengan waiter yang datang menjual. Jadi waiter yang hantar itu terus balik ke kawasan tempat membuat air juice..dan waiter yang jual datang ...dia cakap kalau papaya Juice tanpa Ice, harganya RM10.00.

OK..saya terus bayar RM10.00.

Papaya Juice

Jadi..saya fikir lagi...saya faham, kalau dimasukkan Ice dalam cup itu, tentu quantiti papaya berkurangan. Kalau dia penuhkan cup itu dengan ketulan ice, jadi volume papaya juice mungkin banyak berkurangan… mungkin sampai 70% dari volume kalau dibandingkan dengan volume yang tidak ada ketulan ice. Saya bayar extra RM3.00 untuk satu cup papaya juice tanpa ice. Maksudnya, kalau kita order papaya juice tanpa syarat, mereka akan penuhkan cup dengan ketulan ice maka kita tidak akan menikmati papaya juice sebenar. Kita akan minum cecair ice sahaja.

Ok. Tujuan cerita ini bukan semata-mata pasal papaya juice tetapi berkaitan strategi perniagaan dimana-mana. Oleh kerana ramai pengunjung ke pusat tempat makan atau food centre membuat pesanan juice ber-ice, maka keuntungan pekedai lebih tinggi. Ini oleh kerana ruang didalam cup juice dipenuhi dengan Ice. Harga Ice sangat murah, kalau ice dalam satu guni atau bag plastik kos nya diantara RM5 - RM7, quantity ini mungkin boleh buat berpuluh-puluh cup fruit juice. Maka pembeli hanya minum 30% sahaja nilai juice buahan yang di-order dan selebihnya pembeli hanya minum air kosong yang mungkin kos dia hanya RM0.02 cents. 

Tetapi ini semua perdagangan. Perdagang kena buat untung untuk bayar over-head termasuk gaji-gaji pekerja. Gaji pekerja bukan hanya gaji tetap dengan KWSP & SOCSO sekali, kalau pekerja mereka orang tempatan. Kalau pekerja warga asing, biasanya dari kalimantan/ indonesia, saya tidak ada informasi sama ada mereka dibayar gaji setara gaji pekerja lokal.

Ini lah al-kisah papaya Juice tanpa ice...harganya lebih mahal dari papaya juice yang dicampur dengan air batu atau ice. 








Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...