Langkau ke kandungan utama

Fenomena pekerja Indonesia di Sarawak ada baiknya.

Terlihat memang ketara di Kuching atau di mana-mana di Malaysia, pekerja atau buruh kasar macam tidak ada pekerja tempatan.

Ini berlaku kerana gabungan faktor-faktor tertentu yang melibatkan ekonomi, gaya hidup, tahap pendidikan, gaji dan struktur pasaran kerja itu sendiri.

Di antara tempat-tempat kerja yang saya sendiri nampak, mereka ada di ladang-ladang sawit, kedai kopi, jual nombor ekor haram, kedai runcit, kebun sayur dan dengan kontraktor-kontraktor kecil.

Pekerja Indonesia - Rajin dan tahan lasak

Antara sebab-sebab yang boleh dikatakan utama –pekerja tempatan memilih untuk tidak bekerja di kedai kopi, cuci pingan, sektor pembinaan, berkebun atau kerja yang memerlukan masa yang panjang. Walau bagaimana pun, bukan semua, tetapi segelintir – ini yang menyebabkan kekurangan tenaga untuk sektor-sektor tertentu. Terpaksa lah Tokay Kedai mencari pekerja dari Indonesia.

Faktor kedua ialah gaji – Gaji yang rendah tidak mampu menyokong kehidupan harian dan gaya hidup pekerja tempatan. Kalau kena sewa rumah, mungkin kos sewa rumah dan kenderaan sudah menghabiskan gaji kalaulah gaji diantara RM1700 ke RM2000. Membeli pakaian, bill utility, bill telephone, bahan api kenderaan, makanan dan sebagainya.

Factor ke-tiga – kerja yang dikatakan 3D – Dirty, Dangerous dan Difficult. Pekerja tempatan biasanya menghindar daripada kerja-kerja begini, terutama yang memerlukan tenaga bagi kerja berat.

Faktor yang keempat – kerja yang memerlukan masa yang panjang, seperti menyediakan sayur-sayuran untuk supermarket – tugasan ini, pekerja kena bersedia untuk menyediakan sayur-sayuran dari pagi hingga ke lewat petang atau malam sebab ada saja pembeli yang datang untuk mencari sayur-sayuran. Termasuk juga yang menjadi pelayan pelanggan di tempat-tempat yang sederhana besar. Mereka kena kerja dari pagi sampai ke lewat malam sebab tempat-tempat makan bergini akan buka seawal jam 6 pagi sampai ke tengah malam dan ada juga yang buka 24 jam. Memang mereka ada kerja shift, tetapi kalau ikut jam kerja, memang panjang juga.

Faktor yang kelima – Pekerja asing atau Indonesia jarang-jarang akan mengambil cuti berbanding dengan pekerja tempatan. Kalau mereka cuti, mereka pun tidak tahu hendak buat apa atau pergi ke mana, lagipun tempat kerja mungkin di bawah tempat mereka tinggal. Ini yang mendorong tokay-tokay atau sektor-sektor tertentu lebih suka mengambil pekerja dari Indonesia, biarpun yang tidak berdaftar dengan Jabatan Imigresen – mereka sanggup berdepan dengan risiko kesalahan mengaji pekerja asing tanpa permit.

Faktor yang keenam – KWSP/PERKESO: ada tempat kerja yang tidak menyediakan skim KWSP atau PERKESO. Ada tokay-tokay yang bayar gaji mereka mengikut hari mereka bekerja– kalau datang kerja ada gaji atau gaji harian, dan diletakkan status pekerja sebagai pekerja sambilan – lalu tidak ada kontrak kerja dan tidak ada potongan KWSP/PERKESO mereka.

Selain daripada faktor-faktor di atas, ada lagi faktor-faktor yang mengurangkan tenaga pekerja tempatan disebabkan oleh lebih ramai yang cenderung untuk menjadi e-hailing, jualan online, kerja pejabat atau berhijrah ke kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang atau Singapura. Tidak lupa juga ada yang sambung belajar. Keadaan-keadaan berginilah yang menyebabkan kekurangan anak muda untuk menyahut kekurangan pekerja di sektor-sektor tertentu.

Pekerja-pekerja dari Indonesia ini semua macam “mesra alam”. Budaya yang hampir sama, bahasa yang hampir sama, makanan yang sama dan serba-serbi macam orang tempatan. Maklumlah budaya serumpun. Perbelanjaan untuk datang ke Sarawak atau Malaysia amnya pun tidak juga mahal berbanding dengan pekerja dari India, Nepal atau negara lain.

Secara jujurnya, majikan-majikan lebih berminat untuk mengambil pekerja dari Indonesia oleh kerana sebab lain selain yang disebut di atas. Mereka dianggap lebih tahan bekerja, kurang memilih dan mereka sukar untuk menukar kerja secara tiba-tiba berbanding dengan pekerja tempatan. Mereka kurang option, maklumlah di negara orang.

Pekarja asing menunjukkan kedudukan mereka lebih stabil sebagai seorang pekerja.

Tetapi ini semua tidak bermaksud pekerja tempatan malas atau tidak tahan bekerja. Pekerja tempatan mempunyai peluang lebih luas untuk memilih jenis atau tempat kerja sebab mereka faktorkan jumlah gaji untuk menyesuaikan ekonomi peribadi mereka, dan di tempat mereka sendiri.

Gaji yang lebih rendah untuk pekerja Indonesia boleh menguntungkan majikan-majikan. Kepada pekerja Indonesia pula, gaji yang rendah, kalau ditukar kepada Rupiah, mereka nampak berbaloi untuk mereka datang dan berkerja di Sarawak.

Kebanyakkan kita nampak pekerja-pekerja Indonesia Sahaja di bandar-bandar, pekan atau di Kawasan kampung sekali pun. 

Kadang-kadang kita lupa bahawa pekerja tempatan lebih ramai bekerja di sektor awam dan swasta seperti di jabatan kerajaan, GLC, sekolah, hospital, sektor profesional seperti di pejabat-pejabat peguam, kerja offshore, kontraktor-kontraktor besar dan kecil.

Sebab itu, bila kita masuk saja ke kedai kopi, kita nampak pekerja dari Indonesia. Tetapi itu bukan satu-satunya sektor ekonomi. Jumlah pekerja dari Indonesia yang bekerja di Sarawak atau Malaysia hanyalah kecil.

Bagi Sarawak, mungkin tidak lama lagi dalam beberapa tahun akan datang, sektor perniagaan di mana pekerja-pekerja dari Indonesia itu semua bekerja (kecuali yang terlibat dengan perniagaan haram) akan mampu membayar gaji yang lebih tinggi dan stabil kerana Sarawak sedang menuju ke arah wilayah yang akan mempunyai pendapatan yang tinggi, iaitu ke arah wilayah berpendapatan sederhana tinggi – Middle Income, disebabkan kemajuan ekonomi.

Buat masa sekarang, sektor perniagaan ini kebanyakannya hanya mampu membayar gaji yang rendah, kebanyakannya di bawah RM2000.

Kalaulah tiada pekerja dari Indonesia dipasaran, susah juga majikkan-majikan akan terus meneruskan perniagaan mereka – mungkin ramai yang akan berhijrah ke tempat atau negara lain pula.

 

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...