Langkau ke kandungan utama

Kenapa Hidup Terasa Cepat Selepas Umur 50 Tahun

Ya, kebanyakan manusia akan merasa masa dan hari bergerak dengan cepatnya kalau umur sudah mencecah 50 tahun ke atas, berbanding ketika orang itu masih bersekolah, bekerja atau belum lagi mencecah 50 tahun.

Ramai orang yang sudah berpencen akan terasa, eh… baru semalam hari minggu, ini hari, hari minggu lagi…OK.Ini bukan perasaan anda seorang sahaja tetapi ramai. Ini ada beberapa sebab kenapa kita terasa begitu.

Saya terasa mahu menulis pasal topik ini sebab saya terasa masa bergerak dengan pantasnya selepas umur saya mencecah 50, 55 tahun. Terasa banyak sangat perkara terfikir yang dikejar tetapi tidak tercapai dan terus mengejar…biarpun mengejar bayang-bayangnya sahaja…

Butterfly Park, Wulai District, Taipei

Ada beberapa sebab psikologi dan cara otak manusia bekerja yang saya terbaca:-

Pertama, rutinitas hidup jadi kurang “penanda”. Maksudnya masa kita masih dibawah 50 tahun, hidup itu penuh dengan penanda seperti – pergi kerja, meeting, kejar deadline, cuti sekolah anak-anak, gaji masuk, target bulanan tanpa henti, ada projek atau tugasan baru dan sebagainya seperti appointment dengan Kawan-kawan. Tetapi yang ketara sangat ialah menunggu hari gaji. Menunggu hari gaji akan membuat hari dan waktu yang lama. Tahu-tahulah sebab poket sudah hampir kosong atau sudah negatif.

Keduanya – otak kita menyimpan banyak “Check Point” yang secara langsung mendorong kita mengimbas kembali aktiviti, dan ini membuat kita terasa hari-hari yang kita lalui macam panjang sahaja.

Jadi, bila kita pencen atau tidak bekerja lagi, aktiviti hari-hari macam lebih serupa sahaja – bangun tidur, minum kopi, tengok phone, kayau-kayau jalan, makan, tidur atau bersembang sepanjang hari. Perkara ini semua tidak perlu “Event Marker” di dalam otak kita dan tentunya hari dan waktu meluncur dengan cepatnya, di dalam fikiran kita, sebab tiada halangan – event marker.

Ketika umur kita sudah tua, satu tahun nampak lebih kecil kalau dibandingkan dengan masa kita masih berumur 10 tahun. Saya sendiri boleh bandingkan – semasa saya masih tinggal di kampung pada umur lingkungan 10 tahun, saya masih mengingati jalan dari satu rumah kebun ke rumah kampung macam jauh sahaja. Ketika itu saya masih ingat macam ada 5 kilometer berjalan di bawah pokok-pokok besar dan jalan tanah. Tetapi selepas saya habiskan alam persekolahan saya di universiti, semasa saya balik – saya rasa jalan yang sama itu rupanya hanya lebih kurang 800 meter sahaja. Sekarang, apa lagi , sudah tua tengok itu jalan macam lagi lebih pendek.

Secara ringkasnya – masa kita berumur 10 tahun, satu tahun itu adalah 10% daripada keseluruhan hidup kita; tetapi bila kita sudah mencapai 60 tahun, 1 tahun itu sekitar 1.5%–1.6% sahaja daripada keseluruhan hidup kita.

Jadi otak kita terasa satu tahun itu “pendek”. Sebab itu, masa kecil, cuti sekolah terasa sangat lama. Tetapi kalau sudah berumur 50-60 tahun dan ke atas, kita tidak sedarpun tahun sudah sampai ke hujung tahun…

Otak orang berumur kurang menerima pengalaman baru.

Memang otak orang berumur agak susah untuk menerima pengalaman baru sebab “recording” tidak setajam semasa kita masih muda. Lagipun, orang berumur tidak perlu sangat berpengalaman—pengalaman baru kita sepatutnya diberikan sahaja kepada orang yang masih muda bertenaga.

Pengalaman baru buat masa terasa perlahan – Event Marker -

Contoh: melancong ke tempat baru, belajar benda baru, jatuh sakit, mula perniagaan baru, pindah rumah dan sebagainya. Semua ini akan membuat otak kita merekod lebih banyak data pengalaman baru – jadi kita terasa hari dan waktu boleh bergerak perlahan. Sebab itu kalau kita yang berumur pergi melancong seminggu ke tempat baru, boleh terasa hari dan waktu agak lama – disebabkan event marker-, tetapi kalau hari hari ke kedai kopi yang sama main handphone atau main game sambil minum kopi – kita terasa masa berjalan dengan lebih cepat, sebab – event marker kurang-

Part ini yang agak, mungkin mengerikan – termasuk saya sendiri – bila umur meningkat, kita lebih sedar masa itu terhad. Faktor ini ramai orang tidak mahu sebut – kenapa, hanya sendiri saja yang tahu !

Kalau umur sudah lepas 55 tahun (umur berpencen wajib dulu-dulu, tetapi bukan sekarang)

  • mula nampak kawan sakit
  • ada yang meninggal
  • tenaga badan berubah
  • ibu bapa tiada
  • anak sudah besar
  • kalau tiada anak, mula risau untuk mencari rumah orang tua untuk berteduh.

Kesedaran bahawa masa hidup itu finite membuatkan kita lebih peka terhadap kelajuan masa.

Teknologi dan handphone juga mempercepatkan rasa masa. Sekarang, saya boleh tengok dan menanya, sejak bila orang tua-tua bangka suka main handphone… Kalau saya pergi ke kedai kopi di kawasan saya tinggal, terdapat beberapa orang yang sudah tua-tua bangka sedang asyik tengok handphone. Macam mata mereka pun masih tajam. Sekarang ramai pesara :

  • scroll WhatsApp dan respond kepada whatsapp teman-teman
  • YouTube program kesukaan orang tua-tua
  • Facebook mengomen di FB
  • TikTok 
  • baca berita
  • Main judi haram online

Tahu-tahu 2 jam hilang.

Dulu orang duduk termenung di beranda pun boleh rasa petang itu panjang. Sekarang otak sentiasa “dihidangkan stimulasi”, jadi masa terasa compressed, “dipercepatkan”.


Yang menariknya, kadang-kadang bukan masa yang makin cepat . (Memangpun masa dan hari tidak boleh difast forward cuma didalam otak kita Sahaja).

Tetapi:

  • hidup makin stabil sebab ada wang pencen atau simpanan KWSP
  • kejutan makin kurang sebab sudah pandai merancang
  • rutin makin tetap sebab keluarga sudah memahami tingkah laku manusia. Jadi kurang dibebel oleh keluarga berkaitan dengan kegiatan harian. Yang penting – happy.

Otak mentafsirkan itu sebagai “masa berlalu pantas”, sebab itu sesiapa yang ada tempat seperti tanah kosong akan berkebun. Yang ada lebihan wang akan travel. Yang suka memerah otak akan berdebat dengan AI. Yang takut disisih oleh komunitinya akan buat kerja komuniti dan berbagai-bagai aktiviti seperti berniaga secara kecil-kecilan, berjalan petang petang atau kerja volunteer

Dengan berkecimpungan dalam berbagai aktiviti, orang yang berumur akan terasa bahawa hari dan masa tidaklah meluncur terlalu laju kerana otak masih menerima pengalaman baru dan brain marker.

Jadi, sesiapa yang berminat untuk menekan brek keluncuran masa dan waktu dalam hidup, bolehlah berfikir untuk mengambil bahagian dalam apa-apa bidang seperti yang dibincang di dalam artikel ini.

Ulasan

Feature Post

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Lebih Dari Hiasan: Cerita Di Sebalik Manik Bidayuh

  Kerja tangan Bidayuh - Manik Pada tanggal 2hb Mei 2026, Hari Pekerja, saya naik ke Bung Bratak sebab pada hari itu juga 1hb Mei digazetkan sebagai Hari Bung Bratak.  Salah satu item yang menjadi tarikan di atas gunung itu adalah manik-bead works, kraft tangan Bidayuh. Ya, di seluruh pelusuk dunia, kaum pri-bumi mempunyai berbagai krafttangan yang berasaskan manik. Tiap-tiap manik yang dikeluarkan hasil kerja tangan pribumi semestinya mencerminkan identiti-identiti kaum tersendiri.  Sama juga dengan kerja tangan kaum Bidayuh. Yang diperbuat dari kilang di negara China - sekali pandang pun kita agak-agak yang erja manik itu dikeluarkan oleh kilang. Kerja tangan atau kraftangan berasaskan manik bukan sahaja produk sebagai cenderamata atau souvenirs, tetapi ia adalah LIVING HERITAGE + PUNCA PENDAPATAN bagi setengah golongan dalam komuniti Bidayuh, selain daripada salah satu budaya & identiti. Semasa berjalan-jalan ke ruang bangunan, ternampak satu meja penuh dengan kerj...