Langkau ke kandungan utama

Budaya Lepak di Sarawak Masih Belum Mati

Semenjak saya membesar dan lihat kehidupan di kampung, pekan, bandar kecil sampai ke metropolitant, budaya lepak ini macam tidak akan pupus.



Ke mana saja kita pergi, pasti kita nampak ada saja orang lepak, sama ada 2 – 3 orang atau lebih. Kadang-kadang ada satu meja di mana ada 6-10 orang.

Bukan saja di Sarawak, di mana-mana negara lain pun sama saja…tetapi untuk topik ini, saya hanya focus kepada budaya lepak di Sarawak.

Budaya lepak tidak semestinya tidak baik untuk manusia, bahkan budaya lepak inilah yang menjadi penyambung hidup untuk banyak manusia. Tanpa budaya lepak ini, mungkin ramai orang akan mudah sakit dan hidup tidak aman. Sesiapa yang masih ada mood lepak dengan kawan-kawan bermakna orang itu tidak sakit atau tidak mempunyai masalah. Contohnya, orang yang suka pau kawan-kawan atau kaki tipu tidak akan lepak di kedai sebab mereka risau takut-takut nanti kena pukul dari belakang !

Kadang-kadang kita fikir orang yang melapak dengan kawan-kawan di kedai kopi sebagai insan yang kurang berguna, tetapi bagi saya, orang yang melapak terang-terang itulah orang yang mungkin lebih berguna dan banyak gunanya kepada masyarakat. They are available, when you need help, likely they will be there !.

Tanpa mereka yang lepak di kedai kopi, mungkin roh kedai kopi itu pun lari dan kedai kopi pun tidak ada pengunjung, no business. Oleh kerana ada orang melepak di kedai kopi, orang lain pun tengok dan mungkin tertarik juga untuk melanggani kedai itu. Paling kurang datang duduk minum kopi dan order mee kolok.

Manafaat Lepak di Kedai Kopi

Dari sudut yang paling berguna, sebenarnya ramai orang akan mendapat manfaat daripada lepak di kedai kopi. Di situlah kadang-kadang tercetus idea-idea untuk membuat sesuatu. Lepak itu bukan sekadar melihat orang lalu-lalang, tetapi tempat untuk berfikir, sekiranya ada topik-topik menarik yang berkaitan dengan perniagaan, politik, dan lain-lain seperti belajar cara-cara untuk menggunakan aplikasi handphone, komputer atau mesin/peranti yang lain selain daripada mendapat cerita atau berita tentang hal-ehwal semasa. Kadang-kadang senang untuk mencari penyambung talian sosial atau kontek lain.

Generasi Lama dan berpencen

Bagi generasi lama atau yang sudah berpencen, budaya lepak bukan sekadar membuang masa. Ia sebahagian daripada kehidupan sosial masyarakat. Di situlah hubungan persahabatan dijaga. Orang saling bertanya khabar, berkongsi masalah dan kadang-kadang mencari ketenangan selepas seharian bekerja. Ia juga menjadi tempat "escapism" bagi yang bosan… malah (mungkin) ia bertindak sebagai terapi kemurungan hidup...tidak perlu susah payah ke hospital pakar terapi.

Perubahan cara lepak dari 20 tahun dulu

Namun begitu, perubahan tetap berlaku. Telefon pintar mula menggantikan perbualan. Ada meja yang dahulu bising dengan gelak ketawa, kini lebih sunyi kerana masing-masing melihat skrin sendiri, tetapi itu semua bergantung kepada kumpulan-kumpulan pelepak tertentu

Ada kumpulan yang lepak dengan penuh riang-ria dan ada juga yang sunyi. , ada juga yang sunyi sepi sebab sebuk cari nombor 4D apa mahu dibeli.

Tetapi walaupun dunia semakin sibuk dan moden, budaya lepak di Sarawak nampaknya masih bertahan dan tidak akan pupus. Selagi ada istilah politik masih segar, selagi itulah budaya lepak akan terus-menerus. Selagi masih ada kedai kopi, ada kopi O,  teh O panas, dan orang yang suka berbual santai, budaya ini mungkin tidak akan mati begitu sahaja. Bagi yang minum beer, kalau jam sudah macam OK, mereka order beer sambil lepak dan sambung cerita. Kumpulan-kumpulan yang macam ini yang selalu happening sebab otak sudah menjadi bijak serta-merta!

Lepas order beer, tentu akan order makanan seperti ayam rebus halia, kaki ayam goreng, dan lain lain. Tetapi sebelum itu, mungkin ada kawan yang sudah beli ikan dan menyimpan di peti ais kedai di mana pekedai akan masak untuk mereka makan terus.

Kaum Pelepak

Kebanyakan kaki lepak ini terdiri daripada kaum lelaki, tidak kira apa bangsa atau agama, dan kita tidak hairan jika kaum wanita kurang suka lepak berjam-jam di kedai kopi. Kaum wanitu lebih suka lepak di tempat membeli-belah seperti super market yang mempunyai penghawa dingin dan suasana yang lebih teratur dan tidak panas.

Terjebak dengan budaya lepak

Saya sendiri terjebak juga dengan lepak-lepak ini..Cuma saya biasanya tidak akan lepak berjam-jam dari pagi sampai ke tengah hari atau dari tengah hari sampai ke lewat petang atau malam. Kalau saya duduk di kedai kopi dengan kawan-kawan yang lepak di situ, saya akan tengok jam dan paling lama saya lepak dengan kumpulan di kedai kopi adalah satu jam. Saya tidak tahan duduk bercerita di kedai kopi lebih dari satu jam kecuali dalam keadaan tertentu.

Bagi orang yang berpandangan kurang baik terhadap pelepak di kedai kopi, jangan salah anggap, mungkin masa anda akan tiba juga untuk melepak macam pelepak di kedai kopi. Masing-masing ada cara tersendiri macam mana orang menjalani kehidupan seharian.

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...