Langkau ke kandungan utama

Kedai Kopi Betul atau ‘Port Nombor'? Susah Nak Bezakan Dah

Kedai kopi - maksudnya kedai yang menjual minuman dan makanan, biasanya satu atau dua lot, atau lebih dalam sederet bangunan kedai.

Gambar Hiasan sahaja


Sekarang kalau kita masuk ke kedai kopi, ada kemungkinan besar dia juga port jualan nombor haram. ..perniagaan yang tidak bayar cukai kepada kerajaan.



Sudah sekian lamanya jualan nombor, terutamanya 4 angka, 4D, di mana terlalu ramai orang yang mencuba nasib. ..ini nasib punya cerita..boleh cuba juga..

Ok… dari pengamatan di pasaran, jenis-jenis nombor 4d yang ada di pasaran atau yang dijual secara haram terlalu banyak brand. 

  • Magnum4d - Legal business entity in Malaysia, but a clone version is available.
  • Sportstoto - Legal business entity in Malaysia, but a clone version is available.
  • Cashsweep - Legal business entity in Malaysia, but a clone version is available.
  • Sandakan 4D - Legal business entity in Malaysia, but a clone version is available.
  • Da Ma Cai - Legal business entity in Malaysia, but a clone version is available.
  • Perdana - popular - Cambodia base
  • Grand Dragon (GDLotto) - Cambodia-based
  • Lucky Hari Hari  - Illegal in Malaysia, Cambodia base, Popular
  • Nine Lotto  - Cambodia base, popular
  • Sabah 3D - Legal business entity in Malaysia, but an illegal version is available.
  • Sabah 884D - Legal business entity in Malaysia, but an illegal version is available.
  • Sandakan Turf Club 4D - Legal business entity in Malaysia, but not sure of its illegal version.
Mungkin ada yang lain yang saya tidak jumpa. Mahu beli pun boleh dibuatnya pening, terlalu banyak pilihan. ...boleh buat kita jatuh miskin sebab peluang kita kena hanya sekitar 0.01% ke bawah untuk First Prize dan anggaran sekitar 0.03% ke bawah untuk tempat-tempat yang lain.

Oleh kerana saya sendiri selalu singah minum kopi di mana-mana, saya boleh kenal yang mana kedai kopi jual nombor haram. Selain dari kedai kopi, mereka juga buka kedai sabernika, tetapi perniagaan utama mereka adalah jualan nombor haram.

Kebiasaannya, orang akan fikir jualan nombor ekor haram ini adalah perniagaan yang lebih menguntungkan sebab bermodalkan sebatang pencil, kepingan kertas kosong atau secondhand, meja kecil dan kerusi.

Perniagaan ini melibatkan risiko yang sangat tinggi pada bila-bila masa bukan sahaja daripada pihak pemerintah tetapi juga daripada kumpulan mereka sendiri.

Hukuman

Di Malaysia, kalau kena tangkap oleh pihak berkuasa atas penjualan 4D haram ini, boleh dikenakan hukuman dibawah Akta Common Gaming Houses Act 1953, dan boleh dihukum diantara RM20,000 hingga RM200,000 jika didapati bersalah.

Atau boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Yang terbaharu, 2024-2025, terdapat Legistative Proposal untuk menaikkan jumlah denda sehingga ke RM500,000 atau 10 tahun penjara, bagi kesalahan yang berulang atau menjalankan sindiket yang berskala besar.

Kebaikan Judi Haram

Kalau kita tidak lihat dari segi perundangan, ada juga kebaikan kedai-kedai judi haram ini. Mereka menyewa lot-lot kedai yang kosong, pulangan kepada pemilik kedai dan juga lesen perniagaan (kepada ejabat daerah & Majlis Daerah), memberi peluang perkerjaan kepada sesiapa yang bekerja, bayaran bill elektrik & air. 

Ada di kalangan kedai-kedai itu menjual kopi atau teh dengan harga RM1.00, manakala kedai-kedai lain yang tidak menjual nombor haram caj kopi atau teh RM2.00 ke atas. Mungkin tidak lama lagi RM3.00 keatas....

Keburukan Judi Haram

Keburukkannya tetap lebih besar daripada kebaikannya sebab perniagaan ini salah di sisi undang-undang. Dia juga memberi impak yang sangat negatif kepada socio-ekonomi pembeli-pembeli.

Kalaulah pembeli tiba-tiba kena 1st Prize, contohnya RM1 juta..kemungkinan besar dia tidak senang dapat bayaraan sebanyak itu, sebabnya pengeluaran dan deposit ke akaun bank mungkin kena bendera merah., atau susah untuk penjual membayarnya - cuma yang pasti - mungkin tidak ada satu orang yang gila beli untuk mendapat hadian yang mencapai RM1 juta..kebanyakkan pembeli hanya membeli beberapa Ringgit sahaja dan kala kena pun, paling tinggi RM20,000 ke bawah. Kalau RM20,000 ke bawah, senang diuruskan.

Penjualan nombor haram ini tidak membayar cukai kepada kerajaan; orang yang beli pun tidak bayar cukai kepada kerajaan atas pembelian, dan jua hadiah tidak bercukai (kalau kena), dan kebanyakan mereka mengaji pekerja dari negara jiran untuk mengurus penjualan.

Rumusan

Untuk rumusan cerita ini - susah untuk menulis rumusan cerita ini sebab "perniagaan" ini pun macam tiada rumusan daripada pihak berkuasa. Ya, mereka menangkap pekerja yang mengurus penjualan, tetapi macam tidak pernah menyiarkan berita mereka menangkap siapa di belakang perniagaan ini. Mungkin memang betul tiada siapa dibelakan perniagaan ini sebab sesiapa sahaja yang ada sumber kewangan, tidak perlu banyak tetapi beratus ribu, boleh saja memulakan perniagaan ini. Sistem ini tidak perlu sumber kewangan macam apa yang Donald Trump atau Elon Mask ada...sesiapa saja boleh menjalankan perniagaan ini asal sanggup hadapi risiko.

Nombor Draw tetap ada online.

Sistem untuk menguruskan perniagaan ini mudah sahaja sebab is hanya berpandukan text.

Penjual boleh limit jumlah yang dibeli untuk mengurus bajet pembayaran sekiranya ada pembeli yang kena.

Sejarah urusan jual beli tidak perlu disimpan sejarah sebab hari Draw yang sudah lepas boleh dihapuskan. Pembeli pun tidak akan tanya sejarah-sejarah sebab kalau mereka kena, mereka terus berhubung dengan penjual dan tuntut wang secara langsung.

Itulah—kemungkinan besar untuk menghapuskan kegiatan ini adalah sangat-sangat rumit selagi teknologi internet masih bernapas.



Ulasan

Feature Post

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Lebih Dari Hiasan: Cerita Di Sebalik Manik Bidayuh

  Kerja tangan Bidayuh - Manik Pada tanggal 2hb Mei 2026, Hari Pekerja, saya naik ke Bung Bratak sebab pada hari itu juga 1hb Mei digazetkan sebagai Hari Bung Bratak.  Salah satu item yang menjadi tarikan di atas gunung itu adalah manik-bead works, kraft tangan Bidayuh. Ya, di seluruh pelusuk dunia, kaum pri-bumi mempunyai berbagai krafttangan yang berasaskan manik. Tiap-tiap manik yang dikeluarkan hasil kerja tangan pribumi semestinya mencerminkan identiti-identiti kaum tersendiri.  Sama juga dengan kerja tangan kaum Bidayuh. Yang diperbuat dari kilang di negara China - sekali pandang pun kita agak-agak yang erja manik itu dikeluarkan oleh kilang. Kerja tangan atau kraftangan berasaskan manik bukan sahaja produk sebagai cenderamata atau souvenirs, tetapi ia adalah LIVING HERITAGE + PUNCA PENDAPATAN bagi setengah golongan dalam komuniti Bidayuh, selain daripada salah satu budaya & identiti. Semasa berjalan-jalan ke ruang bangunan, ternampak satu meja penuh dengan kerj...