Langkau ke kandungan utama

Lebih Dari Hiasan: Cerita Di Sebalik Manik Bidayuh

 

Kerja tangan Bidayuh - Manik

Pada tanggal 2hb Mei 2026, Hari Pekerja, saya naik ke Bung Bratak sebab pada hari itu juga 1hb Mei digazetkan sebagai Hari Bung Bratak. 

Salah satu item yang menjadi tarikan di atas gunung itu adalah manik-bead works, kraft tangan Bidayuh. Ya, di seluruh pelusuk dunia, kaum pri-bumi mempunyai berbagai krafttangan yang berasaskan manik. Tiap-tiap manik yang dikeluarkan hasil kerja tangan pribumi semestinya mencerminkan identiti-identiti kaum tersendiri. 

Sama juga dengan kerja tangan kaum Bidayuh.

Yang diperbuat dari kilang di negara China - sekali pandang pun kita agak-agak yang erja manik itu dikeluarkan oleh kilang.

Kerja tangan atau kraftangan berasaskan manik bukan sahaja produk sebagai cenderamata atau souvenirs, tetapi ia adalah LIVING HERITAGE + PUNCA PENDAPATAN bagi setengah golongan dalam komuniti Bidayuh, selain daripada salah satu budaya & identiti.

Semasa berjalan-jalan ke ruang bangunan, ternampak satu meja penuh dengan kerja kraftangan kaum Bidayuh (seperti dalam gambar). Warna yang terang, merah, hitam, kuning, dan putih membuatnya sangat khas.

Bukan keluaran kilang yang sangat sempurna, tetapi kerja tangan yang membuat produk itu real atau sebenar. Not a fake product but really made by a human! Itulah kepandaian tangan-tangan dan jari-jemari yang membuatnya.

Kerja ini memerlukan real precision - tahap kesabaran yang tinggi dan corak memori di dalam kepala yang tenang. Kalau kita jenis orang yang suka marah-marah..tak akan jadi satu produk manik yang nampak menarik.

Tiap unit uang siap tidak akan 100% sama atau serupa - itu yang membuatnya unik - seperti cap jari manusia - tidak ada dua unit yang 100% sama.

Produk manik-manik ini boleh digunakan oleh lelaki (bands, straps, traditional wear) dan juga wanita (necklaces, laered bead pieces)

Kerja Tangan Bidayuh - Manik

Nilai ekonominya - bukan sekadar sebagai hobi - ada dikalangan mereka terlibat dalam pembuatan dan penjualan ini secara penuh masa. Inilah yang menyumbang kepada ekonomi keluarga dan juga membuat kepakarannya masih hidup.

Dari segi identiti & budaya - Corak dan warna bukan random, tetapi orang lain yang biasa tengok akan terus boleh mengenal si pemakai itu adalah seorang Bidayuh atau produk itu keluaran hasil tangan Bidayuh. Ini adalah kerana corak dan warna. Kalau orang Cina pakai aksesori ini pun, mungkin orang akan menganggap dia seorang Bidayuh at first impression ! Dia telah menjadi VISUAL IDENTITI yang seiring dengan etnik Bidayuh. (Ok… ramai Bidayuh yang mirip-mirip muka orang Cina, sama juga orang Cina, ramai dari kalangan mereka macam muka orang Bidayuh juga).

Dalam dunia yang serba changgih dengan mesin-mesin yang boleh membuat produk sangat murah dan laju, produk Manik hasih kerja tangan ini tetap menonjol oleh kerana roh manusia masih menlai hasil kerja manusia itu sendiri. Dia tetap menonjol sebab "Slow-Made, Human-Made". Nilainya bukan hanya terletak di harga, tetapi atas Masa, Kepandaian Tangan dan Maksud Budaya - one is produced, THE OTHER IS CREATED.

Semalam saya beli dua unit gelang tangan...beli sedikit untuk memanjangkan ceritanya ke masa hadapan. Sesiapa yang berminat, boleh search sahaja atas jaringan Internet atau di pekan, bandar atau bandar bandar besar.


Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...