Budaya Pesta, Ekonomi dan Perangkap
Kewangan
Musim ini, macam tiap malam atau minggu pasti ada majlis keramaian. Di bandar-bandar kecil, pekan-pekan atau di kampung kampung. Kalau kita tengok facebook kita, pasti ada kawan-kawan atau tag yang upload pesta-pesta yang mereka hadiri.
Contohnya, macam program Baby Shima:-
sik sabar mok nyambut gawai🥺
orang sarawak jumpa kamek di:
-29 may -stadium lubok antu
-30 May - medan stage Betong
-31 May - summermall kota samarahan
-5 June - emart batu kawa
-6 June - Lepapa lawas
-7 June - the spring bintulu
Program macam ini mesti ramai orang akau "haus". Boleh order "Unta" ber-tin tin kalau saya ikut serta.
Semakin banyak event dan pesta yang dianjurkan, semakin rancak ekonomi bergerak. Tetapi dalam masa yang sama, semakin ramai juga orang boleh terperangkap dalam masalah kewangan tanpa mereka sedari. Kebiasaannya, pengunjung program-program yang ber-ala pesta berpendapatan rendah (<RM500 - 1800) dan berpendapatan sederhana (RM3000- 6000 sebulan)
Penjawat Awam / pekerja sektor swasta
Ramai orang yang makan gaji, sama ada bekerja dengan
kerajaan atau swasta, akan terus berbelanja untuk menikmati pelbagai program
hiburan, sambutan dan aktiviti sosial. Dari situ, para peniaga pula mendapat
limpahan pendapatan hasil perbelanjaan orang ramai.
Namun, hakikatnya, bukan semua peniaga benar-benar
“untung”. Ramai juga peniaga yang akhirnya berbelanja semula seperti pelanggan
mereka — ikut berhibur, ikut trend, ikut gaya hidup sekeliling sehingga
keuntungan yang diperoleh habis semula dalam kitaran yang sama.
Bil Utiliti & Tunggakkan
Mungkin ada yang pulang ke rumah menyesal sebab berbelanja lebih dan bil-bil utiliti dan hutang belum dijelaskan lagi. Kalau bil-bil dan hutang tertunggak, dari satu bulan ke bulan yang lain....memang susah untuk diselesaikan dan sentiasa akan ada tunggakan selanjutnya… sampai bila-bila… kecuali dia kena jackpot !
Akhirnya, kita semua sebenarnya cuba membuat
keuntungan antara satu sama lain. Peniaga mahu untung daripada pelanggan,
pelanggan pula bekerja untuk mendapatkan wang bagi terus berbelanja. Dunia
ekonomi bergerak melalui kitaran itu.
Program sepanjang tahun
Di Sarawak khususnya, terlalu banyak pesta dan
program dianjurkan sepanjang tahun. Ada yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, swasta,
persatuan, komuniti kaum, mahupun individu sendiri.
Antaranya, dan bukan setakat listing di bawah sahaja..banyak lagi...
- Sambutan
Tahun Baru Cina - bukan kaum cina sahaja, kaum lain pun ikut serta.
- Chap
Goh Mei
- Hari
Raya Aidilfitri - kaum lain pun ikut cara tersendiri sebab, maklumlah hari cuti.
- Hari
Raya Aidiladha
- Pesta
Gawai - kaum lain pun ikut serta sebab hari cuti dan kebanyakkan pekerja-pekerja di kedai cina atau syarikat cina adalah kaum dayak.
- Hari
Kebangsaan - ambil peluang sebab hari cuti
- Hari
Krismas semua kaum pun ikut serta dengan cara tersendiri sebab hari cuti
- Majlis
perkahwinan - banyak yang haus disini
- Hari
jadi - ini pun kalau orang dewasa punya, banyak juga yang haus.
- Hari
Ibu dan Hari Bapa
- Sambutan
keagamaan
- Program
hiburan kerajaan
- Pelancaran
produk syarikat
- Jamuan
selepas kerja
- dan
bermacam-macam lagi.
Semua program ini memang mempunyai kepentingan
tersendiri. Ia membantu memutarkan ekonomi setempat. Peniaga makanan mendapat
pelanggan, hotel dipenuhi pengunjung, vendor event mendapat projek, artis
mendapat bayaran, dan pekerja sambilan mendapat peluang kerja. Yang tidak terlibat tetapi berada di lokasi atau dijemput pun akan ikut serta berbelanja atau menyokong orang yang berbelanja...sponsor minum & makan.
Mood Kehidupan dan Pergerakan Ekonomi
Tanpa aktiviti seperti ini, ekonomi mungkin bergerak
lebih perlahan dan mood kehidupan harian manusia pun perlahan. Mood perlahan ini tidak baik untuk pergerakan ekonomi setempat, kerajaan dan negara.
Tetapi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar,
sesiapa yang gagal mengawal perbelanjaan atau terlalu mengikut gaya hidup
sekeliling boleh perlahan-lahan tenggelam dalam masalah kewangan.
Commitment Sosial
Kadang-kadang bukan sebab gaji kecil, tetapi sebab
terlalu banyak “commitment sosial” yang memerlukan duit. Contohnya, perjalan untuk bertemu atau ke pusat majlis memerlukan kenderaan dimana minyak kenderaan kena beli, bawa hadiah, guna pasang kasut, baju atau seluar yang baru.
Terjebak dengan budaya berhibur
Saya sendiri hampir terjebak dengan budaya berhibur
berlebihan. Nasib baik sempat berfikir bahawa kita tidak perlu mengikut cara
hidup orang lain. Setiap orang ada ukuran lifestyle sendiri, kemampuan sendiri
dan jalan hidup sendiri. Musim ini, banyak juga undangan ke sana-sini ke tempat pesta dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan atau komuniti setempat - saya tidak pergi. Selain daripada peluang untuk berbelanja atas aktiviti yang kurang munasabah, terasa letih juga kalau selalu ikut pesta-pesta.
Tidak salah menikmati hidup, tetapi jangan sampai
hiburan menjadi beban kewangan. bagi saya sendiri, hutang sudah kosong, tunggakkan tidak ada...ada rasa selesa juga, boleh bermain dengan komputer dan tulis blog ini.
Dunia ini memang berputar seperti roda. Ada masa
kita di atas, ada masa kita di bawah. Sebab itu, ketika ekonomi masih baik dan
pendapatan masih ada, belajarlah mengawal diri dan berbelanja secara
berpada-pada.
Rumusan
Kita perlu berpilih-pilih untuk mengikuti apa jua aktiviti yang ada di pasaran. Kalau kita kena ikut semua aktiviti yang kita nampak di mana-mana sama ada announcement di media sosial atau whatsapp, mungkin ekonomi kita akan "mampus". Perkara berginilah yang boleh menyebabkan kita susah untuk menyimpan duit. Ingat berpesta sahaja.

Ulasan
Catat Ulasan