Langkau ke kandungan utama

Rokok Seludup Bukan Lagi Rahsia

 Bila harga rokok legal naik terlalu tinggi, pasaran tidak hilang malah pengguna cuma berpindah kepada sumber lebih murah. Dalam kes Malaysia, ramai perokok bukan berhenti merokok bila cukai naik… mereka tukar kepada rokok seludup. Macam rokok seludup sudah bersedia untuk tumbuh bila-bila masa. Memang pengedar rokok seludup sudah tahu lama berkaitan bajet Malaysia, pasti akan naikkan harga rokok, kalau tidak pun paling kurang maintain harga.

Contoh Brand Rokok Haram


Para penggubal undang-undang mungkin tidak tahu, mungkin sebab mereka yang menghisap rokok mampu membeli rokok biarpun dengan harga sekotak RM20!

OK. Saya cerita pasal rokok haram dan tidak haram ini bukan untuk mempromosi kepada sesiapa untuk hisap rokok…sesiapa yang sedang hisap rokok patut tidak nyalakan lagi sebatang rokok sampai bila-bila..tiada faedah kepada diri sendiri..tetapi faedah kepada penjual, pengedar & pengeluar rokok Sahaja.

Isu rokok haram ini bukan lagi isu kecil kampung atau lorong belakang. Di banyak bandar di Malaysia, memang jelas rokok seludup sudah jadi “mainstream market”. Ada kedai kopi, kedai runcit kecil, malah sesetengah tempat jual secara terbuka macam barang biasa. Malahan ada mobile distributer.

Sudut Ekonominya.

Dari sudut ekonomi asas:

  • Jika rokok legal RM17–20 sekotak
  • Rokok seludup RM5–8 sekotak

…maka untuk golongan B40 atau pekerja kasar (Kumpulan yang paling besar dalam pasaran rokok seludup), pilihan itu hampir automatik atau memang rokok yang bercukai tidak masuk akal mereka.

Menteri-menteri atau Kerajaan berharap kalau harga tinggi, mereka fikir perokok terus berhenti merokok atau kalau perokok terus merokok, Kerajaan harap hasil terus naik mendadak.

Tetapi hakikatnya..saya rasa kalau mengikut apa yang kita lihat dipasaran…hasil cukai tidak naik mendadak, malah mungkin tidak naik langsung…dan yang paling ironynya..kerajaan terus hilang sumber kewangan sebab berlaku kebocoran disebabkan penyeludupan dan penjualan rokok haram.

Yang kaya dan membina empire perniagaan ialah penyeludup. Siapakah penyeludup-penyeludup ini?

Kenapa mereka mampu menyeludup?

Semasa saya belajar dulu-dulu, ada juga saya mengambil mata pelajaran ekonomi. Ada juga topik-topik dan konsep ekonomi yang saya masih ingat.

Contohnya: Kalau Kerajaan menaikkan harga rokok yang sangat tinggi, pengguna akan terus berfikir dan mencari sumber yang lain. Sama ada sah atau tidak itu perkara yang kedua, sebab produk itu memang produk yang terus “penting” dalam kehidupan pengguna. Jadi kalau cukai terlalu aggressif, Kerajaan berpendapat boleh menyumbang kepada kutipan hasil yang tinggi..tetapi malangnya bagi produk ini…hasil cukai terus bocor dan sudah pun ada orang yang simpan tong besar dibawah Jabatan Hasil untuk terus kutip hasil cukai yang bocor.

Kenapa Kerajaan biarkan hasil cukai bocor macam ni? Ada masuk akal kah?

Saya berpendapat untuk mengelakkan hasil cukai terus bocor, Kerajaan perlu turunkan cukai (harga) rokok mungkin sama paras dengan harga rokok seludup atau hanya lebih sikit. Dengan cara ini, penyeludup akan berpikir banyak kali untuk meneruskan kegiatan penyeludupan mereka. Memang Kerajaan akan dapati hasil kutipan tidak begitu memberangsangkan dengan cara ini, tetapi Kerajaan boleh memperbaiki lobang yang sangat besar hasil daripada kerja penyeludupan. Perlahan-lahan kerajaan boleh naikkan lagi cukai rokok sampai level dimana kenaikan cukai ini membiakkan aktiviti penyeludupan.

It's a circle. The government can play around with this format to ensure as little as possible tax revenue leakages.

Ya, kita tahu Kerajaan memang ada jentera untuk merangka sistem untuk melawan penyeludupan, tapi dari pandangan orang awam, ia sangat gagal. Kenapa gagal? Sebab kita boleh nampak rokok seludup macam hidup lebih bahagia didalam pasaran!.

Rokok adalah produk yang agak senang diseludup sebab ia ringan dan sebuah kenderaan kecil pun sudah boleh membawa kuantiti yang bernilai ribuan ringgit.

Kita faham dari segi teori, bunyinya mudah untuk membenteras penyeludupan, tetapi hakikatnya, ia sangat rumit sebab ia sering berkaitan dengan penyeludupan laut, pelabuhan kecil, sempadan darat, rasuah, dan macam-macam cabaran. Dari semua faktor-faktor tersebut, saya fikir isu RASUAH lah yang mampu membuka jalan lebih luas untuk penyeludupan. Bukan garisan laut yang sangat luas dan sebagainya…tetapi isu rasuah.

Beberapa tahun dulu-dulu, kita boleh lihat kakitangan penguatkuasa sendiri pun hisap rokok haram. Macam mana dia mahu membenteras kegiatan ini. Ini bukan menuduh, tetapi  hakikatnya. Tetapi sekarang tidak lagi pernah nampak kakitangan penguat kuasa hisap rokok haram sebab tidak pernah jumpa mereka lagi.

Ok..selain dari isu-isu diatas, Kerajaan menaikkan cukai rokok kononnya untuk mengawal dan menjaga kesihatan orang awam. ..ini..saya pun setuju…tetapi ada Cuma dan tetapi---

Cuma teori kesihatan awam selalu bertembung dengan realiti ekonomi pasaran gelap terutama berkaitan dengan rokok. Yang jelasnya-kerajaan naikkan cukai rokok, jumlah perokaok tidak menurun tetapi hasil cukai lebih banyak bocor dan sindiket penyeludupan terus bermaharajalela.

Selagi harga rokok terlalu jauh jurangnya dengan harga rokok haram, ia terus membina ecosystem perniagaan itu sendiri dan akan sangat sukar untuk mengawal. Tentu sekali kebocoran wang negara terus mengalir kepada sesiapa yang ada di dalam ekosistem penyeludupan ini: pembekal, penghantaran, orang tengah, wholesaler, kedai runcit dan kedai tetap, dan pelanggan tetap.

Didalam negara, ini bukan isu kastam lagi tetapi sudah jadi isu Shadow Economy. Untuk membenteras ekonomi bayangan ini, bukannya mudah…

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...